Visi dan Misi Intake-50
Sedia berkhidmat untuk negara.

Sentiasa berketerampilan, terkenal dan maju ke depan tak kira di mana jua berada.
Tentera Laut Diraja Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia


Kapal selam pertama diterima Sabtu lalu



KUALALUMPUR: Kapal selam pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM), KD Tunku Abdul Rahman diterima secara rasmi daripada pengarah projek Scopene di Toulon, Perancis Sabtu lalu.

Penyerahan kapal selam pertama negara itu dibuat pada satu majlis di dalam kapal selam berkenaan di Pangkalan Tentera Kapal Selam TLDM.

DCNS pula diwakili Pengarah Projek Scorpene Didier Husson dan Pengarah Urusan Limbungan Navantia Cartagena, Sepanyol Menuel Filgureira.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar, ketika bertemu dan menyampaikan amanat kepada krew kapal selam itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka kerana berjaya melepasi semua rintangan dan cabaran sehingga melayakkan diri menjadi krew kapal selam pertama negara.


Scorpene, kapal selam jenis tempur konvensional yang dibina di Cherbourg, Perancis oleh DCNS dan syarikat pengeluar kapal selam,Navantia itu mampu mengawasi perairan negara pada kedalaman100 hingga 200 meter.


Iaantara lain dilengkapi dengan enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak, peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo antikapal selam.

Kapal selam berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya.

Malaysia turut menempah sebuah lagi kapal selam yang dinamakan “KD Tun Razak” sempena nama perdana menteri kedua negara. — Bernama


ATM anjur ekspo ambil anggota baru


KUALALUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menganjurkan ekspo kerjayaselama tiga hari di Dataran Merdeka, di sini, bermula Jumaat ini bagimendedahkan profesion ditawarkan dalam bidang ketenteraan sekali gusmembuka pengambilan anggota baru.


Panglimanya, Tan Sri Abdul Aziz Zainal, berkata ekspo ituakan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,merangkap Menteri Pertahanan.

Katanya, ekspo itu turut mempamerkan pelbagai aset milik ATM, termasuk teknologi terbaru.


"Kita berharap ekspo ini dapat menarik minat masyarakat, termasuk belia dan bukan Bumiputera untuk menceburi profesion ini.


"Jika dilihat, pembabitan bukan Bumiputera dalam ATM amatrendah seperti kaum Cina, golongan ini tidak sampai dua peratus yangmenjadi anggota ATM," katanya pada sidang media mengenai Ekspo KerjayaATM 2009 di Wisma Pertahanan, di sini, semalam.

Ekspo akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam dandisertai pelbagai cabang ATM iaitu Tentera Darat, Tentera Udara,Tentera Laut, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Jabatan Hal EhwalVeteran (JHEV) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera(Perhebat).


Bidang pendidikan pula, ia disertai Maktab Tentera Diraja dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Demonstrasi ketenteraan juga diadakan seperti pertunjukan anjing perang, kawad senyap dan pancaragam.


Wanita setan

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

AMPANG: Niat seorang gadis hanya mahu mencari pekerjaan di ibu kota,tetapi lain pula jadinya apabila menjadi mangsa ratahan tiga lelakikenalan seorang wanita yang disangkanya budiman di Hentian Puduraya.

Gadis itu yang baru tiba dari Alor Star, Kedah, mulanya terkial-kial dihentian bas berkenaan sebelum disapa wanita berusia 30-an yangberpura-pura untuk membantu mangsa.

Wanita itu mempelawa gadis itu minum di kedai berhampiran sambil meneruskan perbualan mereka.

Dalam diam-diam, wanita itu memasukkan sejenis ‘cecair syaitan’ kedalam minuman untuk membuatkan gadis itu pening dan khayal selepasbeberapa minit meneguknya.


Sumber polis berkata, dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa yangberusia 22 tahun berhasrat berhijrah ke ibu kota untuk mencaripekerjaan.

“Sebaik tiba di hentian bas berkenaan, dia tenggelam punca keranatiada sesiapa dikenalinya hingga terserempak wanita tidak dikenali ituyang menegurnya.

“Suspek berpura-pura simpati dengan nasibmangsa. Bermula dengan perkenalan singkat itu, mangsa memberitahuniatnya datang ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.

“Berikutan itu, wanita terbabit berjanji membantu mangsa sambil menawarkan tempat tinggal di rumahnya di Ampang,” katanya.

Dia berkata, gadis malang itu turut dipelawa minum di sebuah kedai berhampiran.

Sambil berbual dengan mangsa, wanita itu meletakkan sesuatu di dalam air minuman menyebabkannya tiba-tiba pening dan lemah.

Selepas melihat mangsa mulai khayal, dia diminta ikut ke Ampang.

Sumber itu berkata, mangsa mengikut wanita berkenaan ke rumahnya sebelum dibawa ke dalam bilik untuk berehat.

“Dalam keadaan separuh sedar, pintu bilik tiba-tiba dibuka sebelum tiga lelaki tidak dikenali masuk.

“Ketiga-tiga mereka memperkosa mangsa berulang kali,” katanya.

Mangsa pengsan sejurus dirogol beberapa jam.

Bagaimanapun, apabila tersedar, dia mendapati seorang lagi lelaki di bilik berkenaan.

Lelaki itu cuba memperkosanya sekali lagi, tetapi mangsa melawan sebelum berjaya melarikan diri.

Selepas keluar dari rumah berkenaan, mangsa terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Ampang, DeputiSuperintendan Goh Lee Fook yang dihubungi mengesahkan kejadian itu,namun enggan mengulas lanjut berikutan polis masih mengambil keterangandaripada suspek bagi membantu siasatan.

Dalam beberapa kessebelum ini, polis mengesan kewujudan cecair diperbuat daripada bahanpengawet dikenali ‘phencyclidine’ untuk mengkhayalkan mangsa sebelumdiperkosa.

Cecair itu akan membuatkan penglihatan mangsa kabur,pening kepala dan hilang ingatan sementara dan kesannya lebih burukdaripada menghisap ganja.

Seorang perogol bersiri berusia 20-andilaporkan pernah menggunakan cecair klorofom untuk membuat mangsapengsan sebelum diculik dan diperkosa.


April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Calendar Calendar

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 8 on 14.10.23 5:37
Top posters
zamyza (616)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
akey_z (504)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
bulatan kg pandan (428)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
papablack81 (386)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
orakarik77 (238)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
moon_35 (220)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
BruceWayne (175)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
aUkOrGbAtU (159)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
kulex (137)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap 
lolipopsedap (132)
Free forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_lcapFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_voting_barFree forum : KKPX50 - Portal KKPX-50 I_vote_rcap